1. Memang menjadi lumrah menaiki motosikal. Andai tersilap langkah buruk padahnya.
2. Malam tadi penulis dan seorang rakan serumah menunggang motosikal berasingan secara beriringan ke danau kota. sebuah tempat yang penuh dgn booth2 menjual pelbagai barangan.
3. Terletak dalam area Gombak. dari Rawang mengambil masa lebih kurang 45 minit.
4. Perjalanan melalui selayang dan batu caves sedikit sebanyak menguji tahap pemanduan dengan jalan2 yang sungguh mengelirukan dan lampu jalan yang terhad.
5. Tujuan kedatangan tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memiliki jersey baru kebangsaan yang sudah lama di cari. Atas dasar itu, sehelai jersey dibeli dgn harga RM33.
6. Sesudah lengkap lawatan, kami pun bergerak pulang.
7. Di awal perjalanan penulis seperti terdengar bunyi dentingan dari arah belakang, cuba juga untuk menoleh, namun tiada apa2. lama kelamaan bunyi tersebut hilang.
8. Di pertengahan jalan, kami berhenti sebentar untuk hadas dan menambah bekalan minyak.
Sedang duduk di sebelah motor menunggu ketibaan rakan yang masih di bilik air, penulis tetiba terpandang kepingan plastik kecil melekat pada tayar blakang.
9. Penulis dengan rasa gatal tangan menarik kepingan itu, terasa sedikit daya, rupanya ada paku pada kepingan itu, apabila tertarik keluar kedengaran hissing angin keluar dari tayar.
10. Sementelahan itu, penulis sedikit panik. Refleks menutup lubang itu dengan jari. bunyi hissing terhenti. Kala ini rakan penulis sudah kembali dari bilik air.
11. Dengan jari menahan lubang itu, kami berbincang bagaimana untuk menyesaikan permasalahan ini. Buntu sebentar.
12. Kelihatan di tepian jalan penuh dengan iklan2 perkhidmatan tiub motor dan servis. terdetik juga untuk penghubungi mereka. Namun masih tidak berbuat apa2.
13. Tawakkal dan berserah, penulis menusuk kembali paku yang terkeluar tadi ke lubangnya. Melihat tiada angin yang keluar, tekanan tayar di tingkatkan dan perjalanan di teruskan.
14. Rakan penulis mengikuti dari belakang, andai kelihatan tayar mengempis, beliau akan tanpa segan dan silu membunyikan horn.
15. Alhamdulillah, dengan izinnya, kami sampai dengan selamat.
16. Pagi tadi penulis membelek2 tayar. Rupanya bukan satu, malah dua batang paku tertusuk pada tayar. Alangkah terperanjat dan terkesima nya penulis melihat hal ini.
17. Untuk makluman, tayar itu baru dua minggu di ganti dengan yang baru. Walaupun penulis mencarut2 di awal2 kejadian, penulis tetap bersyukur kerana selamat sampai ke destinasi tanpa apa2 masalah yang lebih besar.
18. Dugaan tuhan ini sedikit sebanyak memberi keinsafan. Sejauh mana pun kita berjalan, jangan lupa membaca doa menaiki kenderaan.