Friday, April 3, 2009

najib ade blog

arakian sejurus dilantik, beliau tlah menghebahkan untuk:

1. Membebaskan 13 tahanan ISA
2. Menarik larangan penerbitan ke atas Harakah dan Suara Keadilan
3. Pengajian semula ke atas ISA
4. Memperkenalkan cogan katanya yang baru untuk kerajaan baru; "semangat 'Satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'."
5. Memperkenalkan blognya yang terkini yang memberi perkembangan terkini mengenai program harian beliau menerusi http://www.1malaysia.com.my/index.php

nampak ade pendekatan baru dari segi method yang lebih mesra rakyat dan keterbukaan yang ingin disampaikan beliau.
kalau betul keikhlasan yang lahir dalam diri beliau untuk memimpin Malaysia ke arah yang jitu.
aku berpendapat x salah rasanya untuk memberikan beliau peluang ke dua.
manusia ni kadang2 tersepit dengan keadaan. x perlu lah rasanya untuk menuding jari kemana2.
namun bukan mudah untuk percaya untuk kali kedua. depends on how the particular people change.

Copyright © 2008 - Budinol'spedia - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template